Monday, May 9, 2016

Medan Seni Ujang di Seremban


UJANG adalah satu nama yang tidak asing lagi di dalam industri majalah komik tanah air. Namun pada tanggal 6 Ogos 2015 kita telah dikejutkan dengan pengesahan berita mengenai pembubaran majalah tersebut oleh pihak MOY Publications Sdn Bhd. Maka berakhirlah perjalanan majalah komik tersohor tanah air itu yang suatu ketika dahulu menjadi kegilaan di setiap peringkat usia. Tiada lagi edisi-edisi khas seperti Bumper Raya dan sebagainya.



Namun begitu, pihak berkuasa tempatan Seremban dengan kerjasama pelukis/karya asal UJANG dengan nama penanya Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Anon (50), telah berjaya menjadikan satu sudut di Hentian Bas Terminal 1 Seremban sebagai salah satu tempat tarikan pelancongan di Seremban. Medan Seni Ujang dipilih sebagai nama pilihan untuk sudut seni tersebut sekaligus berjaya mengimbau kenangan dan nostalgia majalah Ujang. “Mural ini menonjolkan imej kekeluargaan, cara hidup di kampung terutama budaya di negeri ini yang sinonim dengan pengamalan Adat Perpatih. Ia memaparkan watak kartun popular seperti Atuk, Aca dan watak Ujang yang cukup sinonim dan dekat dengan diri saya” ujar Ibrahim Anon.

Mural sepanjang 12 meter tersebut berjaya disiapkan dengan bantuan 5 lagi rakan kartunis dan siap dalam tempoh 6 hari. Bagi yang ingin melihat secara dekat dan bergambar kenangan boleh pergi terus ke Terminal 1 Seremban. Tiada bayaran dikenakan.

‪#‎klezcarseremban3‬
‪#‎keretasewaseremban‬

019-784 6363 (8pg-11mlm)
1300-88-4040 (24jam)

No comments:

Post a Comment