Thursday, May 26, 2016

Pra-Tempahan Raya 2016 bersama Klezcar Seremban 3



Terma & Syarat:
- Like FB page "Kereta Sewa Seremban Klezcar Seremban 3".
- Share post ini di wall fb anda beserta ‪#‎klezcarseremban3‬
- Tempahan & bayaran penuh sebelum/pada 1 Ramadhan (6 Jun 2016) sahaja.
- Minimum sewaan 7 hari (anda dapat 10 hari).
- Sah di Klezcar cawangan Seremban 3 sahaja.

#‎klezcarseremban3
‪#‎keretasewaseremban

Kereta Sewa Seremban Klezcar Seremban 3
019-784 6363 (8pg-11mlm)
1300-88-4040 (24jam)

Monday, May 9, 2016

Medan Seni Ujang di Seremban


UJANG adalah satu nama yang tidak asing lagi di dalam industri majalah komik tanah air. Namun pada tanggal 6 Ogos 2015 kita telah dikejutkan dengan pengesahan berita mengenai pembubaran majalah tersebut oleh pihak MOY Publications Sdn Bhd. Maka berakhirlah perjalanan majalah komik tersohor tanah air itu yang suatu ketika dahulu menjadi kegilaan di setiap peringkat usia. Tiada lagi edisi-edisi khas seperti Bumper Raya dan sebagainya.



Namun begitu, pihak berkuasa tempatan Seremban dengan kerjasama pelukis/karya asal UJANG dengan nama penanya Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Anon (50), telah berjaya menjadikan satu sudut di Hentian Bas Terminal 1 Seremban sebagai salah satu tempat tarikan pelancongan di Seremban. Medan Seni Ujang dipilih sebagai nama pilihan untuk sudut seni tersebut sekaligus berjaya mengimbau kenangan dan nostalgia majalah Ujang. “Mural ini menonjolkan imej kekeluargaan, cara hidup di kampung terutama budaya di negeri ini yang sinonim dengan pengamalan Adat Perpatih. Ia memaparkan watak kartun popular seperti Atuk, Aca dan watak Ujang yang cukup sinonim dan dekat dengan diri saya” ujar Ibrahim Anon.

Mural sepanjang 12 meter tersebut berjaya disiapkan dengan bantuan 5 lagi rakan kartunis dan siap dalam tempoh 6 hari. Bagi yang ingin melihat secara dekat dan bergambar kenangan boleh pergi terus ke Terminal 1 Seremban. Tiada bayaran dikenakan.

‪#‎klezcarseremban3‬
‪#‎keretasewaseremban‬

019-784 6363 (8pg-11mlm)
1300-88-4040 (24jam)

Friday, May 6, 2016

Lorong Seni di Seremban


Pernahkah anda mengunjungi Pulau Pinang. Salah satu bandar di negara kita yang mendapat pengikhtirafan tapak warisan dunia UNESCO. Seluruh dinding bangunan bandar Georgetown dipenuhi dengan hiasan seni. Seremban juga tidak ketinggalan untuk mengikut jejak langkah yang dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan Georgetown.

Tempat ini dipanggil Lorong Seni. Lokasinya terletak sepanjang Jalan Dato Lee Fong Yee, Jalan Tunku Hassan sehingga Jalan Dato’ Bandar Tunggal (belakang bank HSBC). Berkonsepkan ciri ciri budaya masyarakat penduduk berbilang kaum di daerah Seremban dan juga Negeri Sembilan, pelukis yang bertanggungjawab menghias Lorong Seni ini adalah terdiri dari pelukis tempatan yang tidak ternama. Banyak lagi tempat-tempat menarik yang akan dikongsikan di dalam blog ini. Dekat aje!


Mahu berjalan-jalan tetapi tiada kenderaan? Perlu kereta sewa untuk meronda bandar Seremban? Hubungi kami segera untuk tempahan.

‪#‎klezcarseremban3‬
‪#‎keretasewaseremban‬

Kereta Sewa Seremban Klezcar Seremban 3
019-784 6363 (8pg-11mlm)
1300-88-4040 (24jam)
www.KeretaSewaSeremban.com

Tuesday, May 3, 2016

Tempat wajib dikunjungi berhampiran Seremban - Jeram Toi Kuala Kelawang


Sekiranya anda di Seremban dan ingin berkelah ke kawasan air terjun, salah satu destinasi air terjun yang boleh dikunjungi ialah di Jeram Toi. Terletak di antara Seremban dan Kuala Kelawang, sekitar 40 minit memandu dari bandar Seremban. Diterokai pertama kali oleh British pada 1895 dan sejak dari itu tempat ini menjadi pilihan bagi warga tempatan untuk berkelah. Di bahagian bawah jeram ini tersedia kemudahan seperti bilik persalinan, kemudahan BBQ dan juga kolam buatan untuk kanak-kanak. 

Terdapat air terjun dan jeram yang lebih cantik di bahagian atas, namun berhati-hati kerana jalan menuju ke kemuncak agak curam dan tidak serata. malah anda mungkin kena memanjat malalui batu besar yang tajam sebelum sampai ke atas.



Mahu beriadah tetapi tiada kenderaan? Perlu kereta sewa? Hubungi kami untuk tempahan.

‪#‎klezcarseremban3‬
‪#‎keretasewaseremban‬

019-784 6363 (8pg-11mlm)
1300-88-4040 (24jam)
www.KeretaSewaSeremban.com