1. The Dusun, Mantin, Negeri Sembilan

The Dusun menawarkan udara segar, pemandangan hutan yang hijau, langit yang biru dan kicauan burung, cengkerik dan katak. Ia bermula sebagai rumah percutian keluarga Helen dan David dan 5 orang anaknya, dan apabila mereka menyedari rakan-rakan mereka juga menyukai tempat itu, mereka mula membangunkan tempat itu secara perlahan-lahan. Bermula dengan satu rumah (Tembusu House), kini mereka menawarkan 4 lagi rumah percutian untuk disewa iaitu Berembun House, Perling House, Emas House dan Sora House.


Web: The Dusun
2. Awanmulan, Jalan Jelebu, Negeri Sembilan
Awanmulan adalah tempat persembunyian sempurna buat mereka yang sukakan suasana sunyi, diselang seli dengan bunyi alam semulajadi. Awanmulan terdiri daripada 7 buah rumah iaitu Teratak Bonda, Kesidang, Sunrise, Sasterawan, Evensong, Durian Runtuh dan Rahsiah.

Web: Awanmulan
3. The Shorea, Jalan Jelebu, Negeri Sembilan
Nama Shorea diambil bersempena dengan nama genus 196 spesis pokok hutan seperti Balau, Cengal, Meranti dan Keruing. Resort ini menggunakan kayu balak bergen Shorea dan kayu-kayu kitar semula yang sebagai bahan binaan utama. The Shorea adalah gugusan 4 buah rumah yang terdiri daripada Villa Shorea, Villa Halia, Villa Bougainvillea dan Villa Kemboja. The Shorea dibina menghadap Hutan Simpan Berembun seluas 4000 ekar dengan ketinggian sebanyak 3900 kaki.


Web: The Shore
4. Cabinz Ecottage, Jalan Jelebu, Negeri Sembilan
Cabinz Ecottage adalah sekumpulan kabin dengan gaya rustik. Unsur binaan seperti batu-bata dan kayu yang terdedah hanya mengingatkan kita kepada alam Cowboy! Terdapat 4 jenis bilik iaitu Diamond, Jade, Sapphire dan Ruby, dengan keluasan minima sebanyak 550 kaki persegi.


Web: Cabinze Cottage